Friday, August 23, 2013

Berkembang dalam setahun.. Hewhew..

Okay..dalam setahun ni hidup okay la walaupun mesti akan ada orang yang busuk hati mengganggu..
so bila happy makin berkembang2 lah badan.. Smoking habit pun masih dalam usaha gigih berhenti dan hampir berjaya.. konon.. hehe.. nak kena arrange appointment dengan doktor klinik berhenti merokok..senang sikit dengan bantuan doktor kot..

Hmm.. bulan March tahun lepas la terjebak aku dengan menatang rokok ni..menyesal jugak..toksah kata la..heheh... so sapa yang rasa2 nak cool so isap rokok,or nampak awek isap rokok rasa tercabar, dinasihatkan tak payah lah ye...hmm... so ni la sedikit sebanyak apa yang jadi dalam hidup aku.. yang sentiasa ada kawan2 yang sangat sporting and supportive ni.. nunu, aisha, is, azzreen, cha, ismida, ben, sheikh, goh,eyka n ramai lagila.. very nice people i must say.. here's some of them in pics.. malangnya pics mlepak dengan ben,cha n is kat arau,kangar, penang, hilang.. sedihnyaaa... :(



Thailand border.. :)
Thai bus..
Daun kaduk..kena makan macam sireh..sedap..
This is our chalet in Pak Bara,Thailand
On our van..we have a great tour guide i must say..
Met this fishermen's boat..they're all wearing only underwear..dah kira 3/4 naked weh..
candat sotong.. banyak...
our boat..
Memancing..besar2 kerapu kat sini..
nice view on the next morning..tgk sunrise..
their mini Tesco..
Carrying my laundry.. in Shah Alam with Farah n Alyas..
my sunburned skin..lepas mandi2 kat iCity wetworld..
I joined the fear factor and lepas semua stage kecuali the last one.. SAD..
A museum in Satun i guess..
Shopping in Satun with Eyka..

With Aisha n Is
With Goh Keat n Aisha(looking at somebody..hehe)

Them Again at Cucuk-Cucuk Grill
Preparing for our bbq n campfire tak jadi..haha


New hobby.. Volleyball..

Friends for 10years.. dari hingus meleleh orang kata..haha

So here's da cucuk2 grill or lok chin.. sausage pulut tu sedap..




Makan2 at Aisha's with Is n Nadia..
Makan2 again with Nunu at Seoul Garden..(nanti boleh jadi Maria T.Sabri ni..hehe)

Thanks Nunu sebab teman iftar di MH Hotel,Ipoh..

Thanks a lot guys for being there for me all da time..

Wednesday, August 21, 2013

Yang Ado...

Okayla.. So my first entry is about perkara2 that i can say annoying or tak patut jadi tapi tu yang banyak jadi sekarang ni...
And to you guys who doesn't like what am I going to say, there's a RED X on the right top of your screen..

Perkara di bawah tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. tolong jangan terasa.. kalau terasa jugak.... hmmmmm taktaula..... okay..  today nak kongsi sikit la perkara yang sering terjadi dan perlu dielakkan..

1. Yang jenis suka salahkan anak orang lain bila sesuatu jadi.. Kadang2 bila si anak tu mengaku salah dia sekalipun sebab ego si parents tetap taknak mengaku..Aii.. Parents pulak lebih2 noo... Okay macam ni la, God knows the truth.. No matter what you say.. No matter what you accuse other people.. You know your kids better.. Is it right for you to put your blame on other people alone? sebagai contoh: when did she/he start smoking?when did she/he start going to the club?How the hell can she wear something sexy(according to you "saya tak ajar macam ni")? Macam mana anak saya boleh terlibat dengan dadah? kau bawak anak dara aku kawin lari?? Keluarga saya semua baik2, ini mesti kerja awak ni..
Haaa... lebih kurang macam tu la.. amboiii.. takkan anak sendiri tak kenal? ke saja memang tabiat suka memburukkan orang lain? lagi satu anak makcik/pakcik/kakak/abang tu umur berapa sampai nak tuduh orang lain macam tu? kalau bawah umur yes,ambiklah tindakan.. tapi kalau anak tu dah orang kata kalau kawin pun tuan puan dah dapat 3-4 cucu,brenti la ok.. kalau sorang tak merenyam tak jadi jugak...

2. Jenis yang suka fitnah orang.. Sampai benda yang dia tau orang tu tak buat pun,kalut nak kata orang tu buat.. agaknya dendam belum terbalas.. hehe..contohnya kadang2 ni muka kat newspaper entah la warga indonesia mana kena tangkap (gambar muka di-blurkan), mata dia cukup terang dan dengan yakin dia kata ehh ni si senah ni..kalau ya pun baca la dulu isinya..indon ke senah tu... kadang2 sama2 jiran,kawan2 pun bukan main mngumpat...You've learn about Islam so don't you know  'dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh??' isy2 laaa...kata kat orang ja pandai..

3. Ni pulak pasal orang yang bukan main lagi rasa diri hebat..jadi kat kenalan aku sendiri..depa si polan2 ni tak suka kat orang tu,tapi 'terpaksa' mintak tolong kat orang yang depa tak suka tu, or anak or sedara orang tu.. hmm.. bukan main memaksa la kan.. macam takdak kaki,tangan sendiri je.. siap dengan angkuhnya cakap nanti i bagi upah lah kat anak u tu..suruh dia panggil orang angkat barang2 dari tingkat 3 tu sat.. pastu nak dijadikan cerita anak orang tu pulak sakit,luka operation tak kering lagi..xpala dia pun upah la kawan.. angkat la berdua sampai 2 round naik turun tingkat 3.. siap jerit lagi, "u tinggal barang ni kalau hilang macam mana!!" amboi berbahasanya mintak tolong orang..pastu suruh orang naik tunjukkan rumah pulak..dah 3 round kiranya tu.. sekali dia bagi RM20.. adoyai mula2 bukan main angkuh,sombong,bongkak..kalau upah bangla pun,bangla tak sanggup kot kan(kita spend kat org tu lagi banyak bak kata si mangsa yang aku kenal ni)..haha..dan si mangsa pun bagi la semua kat kawan dia.. sebab malu pulak nak bagi RM10 ja..dapat penat jelaaa...

4. Zaman sekarang ni tak puas hati ja, "aku boleh upah 3 line pukul hang,aku kenal ramai 3 line.. gangster pun aku kenal.." amboi sembang kemas.. nampak tak orang sekarang.. gentleman sangat kan.. and slalunya yang guna ayat2 ni lelaki.. isy3.. zaman dulu orang lawan one by one.. zaman sekarang, ramai-ramai lawan satu, kalau satu lawan satu pun dengan pompuan(contoh macam kes baru2 ni yang pukul bini tu..apa daaa..) ingat kalau kita rasa kita besar sgt,ada yg lagi besar..

5. Ada lagi orang yang jenis sombong bangga diri sekarang ni kan.. mesti ramai yang pernah berdepan dengan orang macam ni.. rendah2kan orang lain pastu cerita kekayaan sendiri(kaya sangat ke?) amboi... kereta aku ada 5.. anak-anak aku pun aku bagi kereta senang nak ke kelas.. adik beradik aku semua kaya , dato,tan sri..aku ni berpangkat,senang2 je aku nak jatuhkan orang yang aku tak suka.. ingat aku boleh buat kau kena buang kerja/universiti, n banyak lagi lah.. hmm... orang ni sebenarnya tak teruja pun dengar,menyampah lagi ada.. orang lain yang sampai boleh bagi zakat brpuluh2 ribu pun tak pompang macam kau haa.. tak faham la mak nokk..

6. Ni paling femes di antara kita.. suka suka kafirkan orang, hukum orang masuk syurga ke neraka pun dalam tangan diorang dah.. masing-masing jadi hakim dunia.. isy2.. entahla.. makin panas hati pulak..fikir la sendiri..

 Jangan sebab kita rasa kita baik,kita hina and keji semua orang.. masa depan kita tak tau entah2 dia lagi mulia dari kita.. kuasa tuhan kan.. so beringat2 la nak hina orang sekalipun.. dosa dengan Tuhan, kita mintak ampun dengan Tuhan, dosa dengan manusia? mana kita nak cari dia kalau dia dah mati ke or kita tak jumpa dia dah??Jawab la kau..

okayla...saya tinggalkan anda dengan satu quote ni..