Saturday, June 18, 2011

Apakah anda....??

lama kan xhupdate blog?ini mau hupdate nih..sekarang ni kita dengar byk definisi untuk kaum2 senget seperti kita..kalau untuk perempuan selalunya ada lesbian,pengkid,andro..dan utk lelaki pulak ada maknyah,gay etc.. korang memang lahir dengan perasaan mcm ni ataupon korang berubah sebab kecewa?? sebenarnya aku sniri pon xtau aku ni andro ke penk..haha..bodoh kan? rasenye korang ape plak?
untuk yang masih keliru ataupon tak tahu, ini info utk korang..tapi aku pon copy dari website lain so if there's any harsh word,jgn serang aku okayy..

DEFINISI PENGKID
Pengkid  ialah seseorang yang secara lahiriah dan fizikalnya adalah seorang perempuan tetapi mempunyai naluri seorang lelaki. Nafsunya adalah pada seorang perempuan tetapi bukan lelaki.

CIRI-CIRI PENGKID

Tubuh badan seperti lelaki.
Berambut pendek ( ada juga yang berambut panjang tetapi mengikut style lelaki)
Bergaya seperti lelaki ( pakaian, cara bercakap, cara hidup dan lai-lain)
Membengkung payudara.
Amat tertarik dengan wanita cantik.
Menjalinkan hubungan dengan wanita sahaja sehingga bercinta dan melakukan seks.(homoseksual).
Mempunyai ego yang sangat tinggi ( bagi sesetengah pengkid)
Sesetengah pengkid tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka adalah perempuan.
Menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan terutama apabila diganggu.
Kadang-kala sukar melupakan pasangan yang pernah dicintainya.



    DEFINISI TOMBOY
    Tomboy ialah seseorang perempuan yang suka berpewatakan dan imejnya seperti lelaki. Tetapi mereka tidak mempunya naluri seperti lelaki, mereka tetap menyukai lelaki sebagai pasangan mereka. Mereka hanya bersandarkan pada imej semata-mata. Perbezaannya mereka nampak lebih kasar dari seorang perempuan biasa.
    CIRI-CIRI TOMBOY
    • Berpewatakan seperti lelaki selalunya dari segi pakaian.
    • Suka menyertai aktiviti lasak dan mencabar.
    • Bukan homoseks ( lesbian atau pengkid)
    • Mempunyai perasaan terhadap lelaki.
    • Bersikap kasar dan ganas.
    • Minat terhadap jenama-jenama yang digunakan oleh lelaki.
    • Suka bergaul dan berkawan dengan lelaki.
    • Suka menunjukkan kehebatan diri sendiri di hadapan lelaki.
    • Tidak suka melakukan kerja-kerja seorang perempuan seperti memasak, mengemas, membasuh baju dan lain-lain.

    DEFINISI LESBIAN 
    Lesbian ialah seorang perempuan yang masih mempunyai imej seperti seorang perempuan tetapi keinginan seksnya adalah terhadap seorang perempuan. Pun begitu, golongan seperti ini kebanyakannya mempunyai nafsu seks terhadap lelaki dan perempuan (bisexual).

    CIRI-CIRI LESBIAN
    • Menonjolkan sifat-sifat sejati seorang wanita.
    • Homoseksual. Tetapi kadang-kadang bisexual.
    • Sangat menyukai wanita cantik dan seksi.
    • Sesetengah lessy kuat cemburu.
    • Suka keluar berhibur dan berpesta dengan rakan-rakan di kelab-kelab.( Pesta wajib adalah Ladies' Night)
    • Sanggup melakukan seks sesama mereka.
    • Berpaksikan kepada kepercayaan bahawa hanya seorang wanita yang memahami kehendak dan keinginan seorang wanita.
    DEFINISI GAY/ MAK NYAH
    Gay atau Mak nyah ialah seorang lelaki yang berpewatakan seperti seorang perempuan dan keiniginan seksnya terhadap seorang lelaki. Mereka tidak tertarik dengan wanita tetapi lebih tertarik dengan seorang lelaki.
    CIRI-CIRI GAY/ MAK NYAH
    • Berpewatakan seperti seorang perempuan.
    • Mempunyai naluri seks terhadap seorang lelaki.
    • Kadang-kadang lebih cantik dan lembut dari seorang wanita biasa.
    • Lebih pandai menggoda dan melayan lelaki.
    • Tidak tertarik pada seorang perempuan.
    • Mempunyai sikap sensitif, cemburu dan merajuk yang melampau.
    • Golongan ini dikatakan lebih memahami kehendak dan keinginan seorang lelaki.
    • Menukar suara menjadi seperti perempuan.

    DEFINISI ANDRO
    Andro merujuk kepada golongan pengkid dan tomboy. Ia terbahagi kepada dua hard andro dan soft andro
    CIRI-CIRI HARD ANDRO

    • Berpewatakan seperti pengkid tetapi tidak membengkung payu dara.
    • Bergaya seperti pengkid.
    • Boleh menerima hakikat bahawa mereka adalah perempuan.
    • Tertarik kepada perempuan cantik.
    • Menjalin hubungan dengan perempuan sahaja (homoseksual)

    CIRI-CIRI SOFT ANDRO @ ANDRO FEMME
    • Berpewatakan seperti tomboy.
    • Tertarik kepada perempuan cantik atau pengkid (fleksibel)
    • Menjalin hubungan dengan wanita sahaja (homoseks)
    DEFINISI DRAG
    Drag merujuk kepada seorang pengkid atau mak nyah yang berjaya mendapatkan tubuh badan seperti lelaki atau perempuan. Perkataan Drag ini sering kali digunakan untuk mak nyah tetapi sebenarnya dalam komuniti PLU Female juga ada digunakan bagi mereka yang berjaya membentuk tubuh badan yang hampir sempurna seperti lelaki. Ia terbahagi kepada dua iaitu Drag King dan Drag Queen.
    • Drag King dikategorikan sebagai pengkid yang membengkung payu dara sehingga ‘flat’ dan memakaidildo.
    • Drag Queen dikategorikan sebagai mak nyah yang membuat payu dara palsu dan menyembunyikan ‘kelakian’ mereka.

    DEFINISI TRANSEKSUAL
    Transeksual adalah golongan yang memilih untuk menukar jantina mereka agar mereka benar-benar kelihatan seperti apa yang mereka mahukan. Mereka sanggup melakukan pembedahan penukaran jantina yang menelan belanja puluhan ribu ringgit. Negara yang menawarkan pembedahan penukaran jantina ialah Thailand, Singapura, Australia dan lain-lain.
    * Homoseks – seseorang yang menjalinkan hubungn sejenis sama ada perempuan dengan perempuan (lesbian) atau lelaki dengan lelaki (gay)
    * PLU = People Like Us – bermaksud orang-orang seperti kita yang juga terlibat dalam hubungan sejenis (gay atau lesbian). 
    Biasanya bagi lesbian digelar PLU Female dan bagi gay pula digelar PLU Male.
    FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA PENGKID, TOMBOY, LESBIAN, GAY

    - Orientasi seksual remaja yang disebabkan genetik, hormon, kognitif serta   persekitaran.
                   - Psikologi.
                   - Pembawaan perwatakan diri.
    - Semasa mengandungkan bayi perempuan, hormon lelaki (testosterone) yang tinggi pada waktu itu akan menyebabkan bayi perempuan yang dilahirkan mempunyai ciri-ciri kelakian yang lebih dan kecenderungan ke arah kelakian.
    - Begitu juga dengan gay, hormon perempuan yang tinggi pada waktu kehamilannya menyebabkan bayi lelaki yang dilahirkan itu adalah lebih cenderung ke arah keperempuanan dan meminati kaum sejenis(gay)
    Okay guys, ini pulak aku baca dari wiki tentang experiment yang dijalankan..
    People are born with chemicals in their brain that stimulate sexual drive, chemicals in our brains decide before we are even born what we will be attracted to. Thus nobody can choose their sexuality, it's given to them, but depending on how their life goes or other factors humans can undergo changes in their brain which will allow them to gain a higher attraction from one stimuli or another, not changing their sexuality, only making it more defined to them. Choosing to act on your sexual desire may allow you to lie to the public, but if you like men you cannot change that, if you like women, you still can't change it, and if you like both men and women, well guess what, you can't change that either. Religion has nothing to do with this question and should not be in the answer. People cannot change their sexuality.

    Yes... the choice factor exists, but not in whether someone wants to like a woman or a man but in whether they want to act upon their choice once its made.
    Women don't become lesbians, they just are. A BIG difference.

    so this is what i get.. (sepanjang mencari).. korang rasa macam mana?