Wednesday, December 9, 2015

Virus Yang Kini Menular : Virus Zika


Ada dak hampa terdengaq pasai virus ni baru-baru ni? hampa boleh baca kat kenyataan akhbar oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tentang pemantauan pihak depa pasai virus ni.. Mengikut apa yang depa kata, virus zika ni dibawa oleh nyamuk aedes dan jugak bahaya kalau kena kat ibu mengandung kerana boleh menyebabkan kelahiran bayi yang mengalami mikrosefali atau otak kecil sekiranya terkena jangkitan ni. Jadi nyamuk aedes ni bukan saja dok bawak mai penyakit denggi malah zika jugak.. Menurut pihak depa ni jugak, virus ni lani dok menular kat negara Amerika Latin macam Brazil.. Pihak Arab Saudi pun lani dok pantau jugak.. Yala, Arab Saudi kan dok menerima kunjungan dari setiap pelusuk negara sepanjang masa.. seriously aku naik takut dengan macam2 penyakit & wabak pelik2 yg dok mai lately ni.. Nama pun tak terhafal dah sebab banyak n pelik sangat..

Sejarah Virus Zika

Virus Zika ni mula-mula skali diasingkan daripada monyet rhesus pada tahun 1947 di Uganda.. Dia mula diasingkan dari manusia pulak pada tahun 1968 kat Nigeria. Daripada tahun 1951 sampai 1981,virus ni dilaporkan dok berjangkit kat manusia di sekitar Afrika macam Uganda, Tanzania, Egypt, Afrika Tengah, Sierra Leone dan Gabon dan jugak negara-negara Asia macam India, Malaysia, Filipina, Siam, Vietnam dan Indonesia.  Maknanya dah lama virus ni mai menapak di malaysia.

Simptom Jangkitan :

1. Sakit Kepala
3. Demam
4. Malaise/Lesu/Keletihan
5. Konjunktivitis
6. Artralgia



Saturday, November 28, 2015

Penyakit Paling Pelik dan Ganjil Di Dunia



Salam Sabtu.. Hari ni aku just nak tunjuk kat hampa video pasai penyakit 5 penyakit yang bagi aku paling pelik di dunia.. Hampa boleh tinggai komen kat bawah & jangan lupa subscribe aku kat youtube okay!!

Semoga kita sama-sama dapat ilmu dari video ni...

Thursday, November 5, 2015

Cerita Disebalik Filem Dear John..


Sapa yang minat Channing Tatum, Amanda Seyfried or memang suka cerita romance & perang confirm tengok cerita Dear John ni yang keluaq pada tahun 2010. Tapi bagi yang memang tak penah tengok, aku cerita sikit & aku suggest hampa tengok walaupun aku bagi spoiler kat hampa ok?

 Cerita ni bagi aku best tahap 4 bintang sebab ada sentuh bab perang & peristiwa 9 September sikit.. Kita boleh tengok macam mana hidup dan pengorbanan yang dibuat oleh army ni semua.. Macam mana depa ni dah habih tugas, dah boleh balik kat family masing-masing, tapi depa sanggup sambung lagi bila negara perlukan khidmat depa., Lepas tu ada part romance dia, yang menunjukkan macam mana depa dua ni lalui cinta jarak jauh.. Janji nak jauh setahun ja, tup-tup lepaih peristiwa 11 September tu, si John ni kena re-enlist pulak lagi dua tahun.. Dah tu tiba-tiba Savannah ni hantaq surat kata dia dah tunang.. Tapi ada sebab awat dia buat camtu.. Hat ni kena tengok sniri.. Yang paling penting ialah bila dia sentuh bab family dimana pak si John ni yang autistic tapi sangat sayangkan anak dia.. Tapi depa takdak topik nak bersembang selain duit syiling.. Part pak dia memang sedih.. Triple H pun boleh nangeh punya..

Apa DISEBALIK filem ni yang aku nak cerita?

Ok.. Sebenaqnya surat yang bermula dengan "Dear John" atau "Dear Johnny" ni famous dan jadi trend di Amerika masa zaman Perang Dunia ke II dulu.. Masa tu askar-askar US yang dihantaq ke overseas memang akan dok sana selama berbulan-bulan, kadang-kadang bertahun.. So bini-bini or marka depa yang cemuih ditinggal lama akan hantaq surat "Dear John" ni kat askar-askar ni untuk mintak cerai atau putus untuk ada hubungan dengan orang lain.. Nampak tak ironi dia? Antara perang yang paling banyak cetuskan surat "Dear John" ni adalah Perang Vietnam.. Aku pun taktau pasaipa.. Sebagai contoh surat depa akan jadi lebih kurang macam ni;

Dear John,
I have found someone else whom I think the world of. I think the only way out is for us to get a divorce...

Jadi Ikutan?

Yang bestnya lepas tu, benda ni jadi ikutan yang lain pulak.. Andai kata hampa mohon kerja, tapi tak dapat, company akan hantaq surat "Dear John".. Pekerja nak berenti kerja dia bagi bos dia surat "Dear John".. Sekali si Taylor Swift yang terkenal suka buat lagu  lepas break up ni pun buat lagu bertajuk "Dear John" yang kiranya sebagai open letter kat ex dia.. Denih aku paling tak paham.. haha..

Untuk pompuan pulak depa panggil Jane.. Aku sampai naik kesian kat John dengan Jane.. Apala salah depa.. Sampaikan kat hospital, andai kata orang tu accident ka apa ka and takdak ID dengan dia, depa akan terus gelar John Doe atau Jane Doe.. Nampak tak??

Kalau aku ada kat tempat John ni, tacing jugak la.. haha.. Tapi tulah maksud tersirat dari "Surat Dear John".. So.. Apa kata hampa??

Wednesday, November 4, 2015

File Hilang?? Hard Disk Kosong??

Haa.. Jantung aku macam nak luruh la jugak bila pi ambik laptop lepas repair hari tu.. Aku bukak ja mula-mula laptop aku dah buat hal.. User login tu hilang and tak boleh nak login guna password sedia ada yang tak pernah aku tukaq. So nak taknak aku restart lah and login guna safe mode.. Boleh! so aku tak pikiaq apa terus pi check  hard disk aku.. yala.. macam-macam lah ada dalam tu.. gambaq2 dari bujang trang tang tang sampai sekarang semua ada dalam tu.. Alangkah kecewanya aku bila tengok drive D teruih lenyap tinggal drive C ja 500gb.. Bermakna partition yang aku buat untuk drive D yang hilang la and tu jugak bermakna C pun kosong.. Aku teruih call kedai yang aku repair tu and macam biasa, berdolak dalih.. tapi aku akan cerita pasai ni di entry lain kali ok?

So nak bergaduh pun tak guna, aku cuba sebaik mungkin untuk selamatkan apa yang mampu dan cuba kembalikan laptop tu seperti asal. Aku pun buat balik administrator account tu semua.. yang ni pun aku akan cerita pada entry yang lain tentang cara nak enable user account dan cara nak buat partition pada hard disk.

Kemudiannya aku cuba retrieve segala data-data dan file yang hilang. Sesiapa yang mengalami masalah yang sama di mana file hampa yang teramat penting hilang ataupun terdelete, tak kisahla sama ada dalam internal hard disk, eternal hard disk, pendrive ataupun memory card, RECUVA adalah penyelesaiannya. Hampa boleh click SINI untuk download magic ni.. Hehe.. Sesungguhnya insyaallah dia akan recover balik file hampa macam biskut Chipsmore. Sekejap takda, sekejap ada balik.. Apa yang hampa perlukan cuma space lain selain benda yang hampa nak recover tu.. Maknanya, kalau hampa nak recover drive C, hampa perlu space yang cukup kat drive D. Macam tu jugak sebaliknya.

OK.. Bila hampa dah download:

1. Double click kat Recuva punya shortcut tu.
2. Click Yes
3.kemudian muncul Welcome blablabla.. Click Next
4.Pastu  pilih file jenis apa yang nak di recover. Kalau semua pilih All Files dan Next lagi
5.Then pilih location yang nak di recover. Pilih yang specific senang sikit. Next lagi
6.Check box [] Enable Deep Scan, kemudian Start.

Insyaallah bila follow step-step ni, hampa akan dapat balik files yang hilang tu macam aku.. Lega okay semuanya ada.. Good luck pada hampa-hampa yang menalami masalah yang sama.. BYE..

Cara Tradisional Untuk Legakan Batuk Dan Sakit Tekak

Dah lebih sebulan jerebu dok singgah kat negara kita.. Sejak minggu lepas nampak dah surut & dah boleh tengok awan biru.. serius aku rindu nak tengok awan.. tapi sebab berapa lama punya dok inhale jerebu ditambah pulak dengan tabiat merokok aku yang masih tak dapat disingkirkan (tolong jangan ikut perangai aku), sakit kepala, batuk, sakit tekak semua dok mai serentak.. Batuk & sakit tekak ni amat seksa ok especially tengah malam.. mula la tak cukup tidoq apa semua.

Tapi mula-mula aku nak cerita jugak la pasaipa kita ni batuk.. hampa toksah malaih nak baca hokay..
Memang batuk di dikira penyakit yang biasa dok hinggap kat kita. Batuk ni sebenaqnya jadi bila badan kita mula dijangkiti virus yang akan buat tekak kita ataupun saluran pernafasan kita tersumbat, gatai dan sebagainya. Lepaih tu, otak kita yang bijak laksana dan cekap menjalankan tugas ni hantaq la signal kat badan kita suruh kita batuk untuk keluaqkan benda yang tersumbat or buat tekak kita tak selesa tu.. Lepaih tu hang mula la rasa gatai tekak tapi takleh nak garu, sakit dada, sumbat semua lengkap. Kadang-kadang batuk ni jenih ketegaq macam takmau pi..Telan ubat berbotoi-botoi dah tapi tak hilang-hilang kan? Larat pulak nak telan ubat ja.. So aku pun try la cara tradisional ataupun home remedies ni.. mungkin hangpa kat rumah pun boleh try.. mana tau klinik jauh ka, duit kureng nak bayaq doktor ka, or hampa ni jenih yang tak suka makan ubat..

CARA-CARA MELEGAKAN BATUK SECARA TRADISIONAL


1. Kunyit
    Hampa masak ayaq dalam secawan biaq menggelegak, buh satu camca kecik (sudu teh) serbuk kunyit, satu camca kecik lada hitam, hampa boleh tambah kulit kayu manis kalau mau.. masak dalam 2-3minit lepaih tu tutup api & tambah madu.. Senang kan mak cari benda-benda ni? tapi aku nasihatkan hampa sabaq dengan rasa dia yang MAHA DASYAT.. Ulang 2 kali sehari naa walaupun mungkin ada diantara hampa yg minum seteguk teruih semboq balik..


2. Halia
Hampa semua mesti dok kata celaka betoi denih tadi kunyit, lani halia.. haa.. tapi ni la kebaikan benda-benda ni tu yang tok nenek kita dulu siap tanam belakang rumah tengok segaq elok skali kita nampak satu source baja semula jadi baik punya.. hahahaha... satu rumah punya contribution..
Oopss..sorry.. hampa nampak tak aku suka melalut?

Ok.. Balik pasai batuk.. Halia ni memangla sangat berkesan untuk legakan batuk sampai omputeh pun guna tau.. Halia ni kan panaskan badan.. Cara untuk guna dia sama ada hampa kunyah dia mentah-mentah ataupun hampa ketuk, rebuih, minum ayaq dia.. Yang mana satu pilihan hati?
Either way, dia bukan saja legakan batuk hampa tapi jugak akan buat hampa terkentut-kentut lega..


3. Lemon
Yang ni aku rasa hampa semua pun besa dengaq. Ya la.. tengok semua brand strepsil, hudson, dan macam lagi ubat batuk or sakit tekak yang kalut guna lemon.. Jadi apa kata ambik perahan jus dia yang segaq tu dan campoq dengan madu.. SEDAP LAGI ASLI..


4. Bawang Putih
Sapa kata bawang putih ni takda kegunaan selain dari masakan?  Bawang putih ni memang ada seribu satu kegunaanlah daripada masak, buang angin, buat minyak urut sampaila ke menghalau vampire omputeh.. haaa.. bawang putih ni jugak adalah antibacterial dan antimicrobial. Ni yang buat dia berkesan sangat melawan virus yang menyebabkan batuk.

Cara nak buat dia macam omputeh la sikit.. hampa rebus 2-3 ulas bawang putih ni, tambah sikit oregano herbs & then hampa biaq dia sejuk.. Bila dah sejuk, campoq matu sikit pastu minum..

Lagi satu cara, hampa jugak boleh tumbuk  bawang putih, campoq dengan minyak cengkih dan jugak madu.. pastu telan..

Aku harap posting aku dapat la bantu hampa cuba legakan batuk sendiri di rumah.. Personally, aku memang suka home remedies.. Bagi aku lagi elok daripada dok consume ubat banyak-banyak..
Kalau hampa dah try, boleh la share dengan aku berkesan ka tak cara ni okay? Jumpa lagi..