Wednesday, December 9, 2015

Virus Yang Kini Menular : Virus Zika


Ada dak hampa terdengaq pasai virus ni baru-baru ni? hampa boleh baca kat kenyataan akhbar oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tentang pemantauan pihak depa pasai virus ni.. Mengikut apa yang depa kata, virus zika ni dibawa oleh nyamuk aedes dan jugak bahaya kalau kena kat ibu mengandung kerana boleh menyebabkan kelahiran bayi yang mengalami mikrosefali atau otak kecil sekiranya terkena jangkitan ni. Jadi nyamuk aedes ni bukan saja dok bawak mai penyakit denggi malah zika jugak.. Menurut pihak depa ni jugak, virus ni lani dok menular kat negara Amerika Latin macam Brazil.. Pihak Arab Saudi pun lani dok pantau jugak.. Yala, Arab Saudi kan dok menerima kunjungan dari setiap pelusuk negara sepanjang masa.. seriously aku naik takut dengan macam2 penyakit & wabak pelik2 yg dok mai lately ni.. Nama pun tak terhafal dah sebab banyak n pelik sangat..

Sejarah Virus Zika

Virus Zika ni mula-mula skali diasingkan daripada monyet rhesus pada tahun 1947 di Uganda.. Dia mula diasingkan dari manusia pulak pada tahun 1968 kat Nigeria. Daripada tahun 1951 sampai 1981,virus ni dilaporkan dok berjangkit kat manusia di sekitar Afrika macam Uganda, Tanzania, Egypt, Afrika Tengah, Sierra Leone dan Gabon dan jugak negara-negara Asia macam India, Malaysia, Filipina, Siam, Vietnam dan Indonesia.  Maknanya dah lama virus ni mai menapak di malaysia.

Simptom Jangkitan :

1. Sakit Kepala
3. Demam
4. Malaise/Lesu/Keletihan
5. Konjunktivitis
6. Artralgia



No comments:

Post a Comment