Bagi aku masalah memang banyak bila dah kawin and duk skali semua ni.. Masa bercinta, masing-masing duk asing, trust me, semuanya indah.. Sebab hampa takla makan, tidoq, mandi, berak semua sekali.. Tapi bila dah mula hidup berdua ni macam2 masalah la akan timbul.. Masa ni la hampa akan bergaduh soal duit hujung2 bulan xcukup, tuntutan nafsu tak dipenuhi, masak tak sedap or tak kena tekak, terlupa buang sampah and the list goes on... Tapi orang kata gila la satu perkahwinan tu kalau hampa tak pernah gaduh walau sikit pun.. Yang pompuan mesti akan ada merajuk2 gedik semua kan..
Tapi masalah jadi serius bila family masuk campoq.. mak mertua, pak mertua, kakak, adik, abang, makcik, pakcik... banyak kes yang sampai bercerai sebab family campoq tangan and yang paling best, orang luaq kata yang paling teruk bab ni orang penang kita or utara la senang crita sebab kata depa anak lelaki utara ni anak mak.. betoi ka? Aku tak leh jawab soalan ni sebab aku tak rapat dengan family.. hehe..
Macam mana skalipun, aku tetap personally rasa kita tak patut biaq family buat keputusan untuk kita.. mai kita tengok tengok benda yang kita tak patut buat dan akan menggalakkan campoq tangan family.. Aku compile saja ok? kalau rasa nak tambah boleh comment ok..
- Bila dah tau family kita tak berapa nak suka wife/husband kita dari mula, bila jadi apa2 jangan bertindak melulu.. Siasat dulu segala tuduhan & tomahan.. Masa bercinta family tak bagi kawin pun hampa tergedik2 nak, tiba2 bila dah kawin nak jadi anak soleh/solehah pasaipa?
- Bila bergaduh setakat sikit2 yang hampa tau boleh baik balik, jangan cerita kat family sebab pandangan depa kat pasangan hampa takkan sama dah...
- Bila dah kawin ni, adalah digalakkan untuk hampa keluaq dan duduk rumah sendiri tak kisah la sewa atau beli, flat cabok atau istana skalipun yang bersesuaian dengan bajet masing2. Susah senang, biaqla hampa 2 laki bini saja yang tau..Kalau rindu sangat kat mak/bapak pun, p lah melawat tiap2 hari pun tapi pastikan hampa ada rumah sendiri..
- Lelaki harus ingat yang dia ada tanggungjawab bila dah kawin.. jangan sebab mak hang tak suka bini hang orang kedah(contoh saja ok),hang ikut ja cakap mak hang.. memang syurga di telapak kaki ibu, tapi yang salah hang boleh bantah ok..
- Tak payah nak compare laki/bini hampa dengan orang dari family hampa ie abang ipaq, adik ipaq, mak dan sebagainya.. compare dengan retis pun kadang2 menyakitkan, ni kan pulak orang yang kita kenai..memang la lepas tu jumpa family hang pun dia xmau.. Plus kita yang pilih dia sebagai teman hidup..
Memang orang kata nak kawin dengan someone ni, kena kawin dengan family dia jugak, tapi hal rumahtangga hampa tetap hal rumahtangga hampa.. Awat masa berjimak tu pun hampa ajak family skali ka? kenapa bila decision-making ni semua nak guna pakai nasihat orang lain? Yess... bila kita susah, memang family yang ada tapi bila dah berkahwin ni hampa kena ingat jugak hampa dah ada hampa punya own little family.. Yang akan bercerai berai pun hampa, yang terseksa pun anak2 hampa...
Akhir kata, yang lelaki kena ingat, kita ketua keluarga kita, bukan mak kita.. Yang pompuan pun kena ingat, kita tulang belakang keluarga kita, bukan mak or bapak kita..
p/s: Dulu family dia siap habaq kat dia jangan la kawin dgn org utara.. tapi last2 dia end up dgn aku.. hehe..
No comments:
Post a Comment