Friday, April 8, 2016

Mertua vs. Menantu? my 2 cents...

HI! Assalamualaikum.. Lama sikit aku menghilang mencari idea nak tulis apa, mencuba few recipes and so on.. Ok.. Aku taktau macam mana nak mula topik ni tapi aku mula terpikiaq, sembang and bincang pasai benda ni banyak kali dalam tahun ni.. Semua mula dari kawan-kawan kat FB yang share publicly and personally pasai depa ada masalah dalam marriage and bercerai..

Bagi aku masalah memang banyak bila dah kawin and duk skali semua ni.. Masa bercinta, masing-masing duk asing, trust me, semuanya indah.. Sebab hampa takla makan, tidoq, mandi, berak semua sekali.. Tapi bila dah mula hidup berdua ni macam2 masalah la akan timbul.. Masa ni la hampa akan bergaduh soal duit hujung2 bulan xcukup, tuntutan nafsu tak dipenuhi, masak tak sedap or tak kena tekak, terlupa buang sampah and the list goes on... Tapi orang kata gila la satu perkahwinan tu kalau hampa tak pernah gaduh walau sikit pun.. Yang pompuan mesti akan ada merajuk2 gedik semua kan..

Tapi masalah jadi serius bila family masuk campoq.. mak mertua, pak mertua, kakak, adik, abang, makcik, pakcik... banyak kes yang sampai bercerai sebab family campoq tangan and yang paling best, orang luaq kata yang paling teruk bab ni orang penang kita or utara la senang crita sebab kata depa anak lelaki utara ni anak mak.. betoi ka? Aku tak leh jawab soalan ni sebab aku tak rapat dengan family.. hehe..

Macam mana skalipun, aku tetap personally rasa kita tak patut biaq family buat keputusan untuk kita.. mai kita tengok tengok benda yang kita tak patut buat dan akan menggalakkan campoq tangan family.. Aku compile saja ok? kalau rasa nak tambah boleh comment ok..

  • Bila dah tau family kita tak berapa nak suka wife/husband kita dari mula, bila jadi apa2 jangan bertindak melulu.. Siasat dulu segala tuduhan & tomahan.. Masa bercinta family tak bagi kawin pun hampa tergedik2 nak, tiba2 bila dah kawin nak jadi anak soleh/solehah pasaipa?
  • Bila bergaduh setakat sikit2 yang hampa tau boleh baik balik, jangan cerita kat family sebab pandangan depa kat pasangan hampa takkan sama dah...
  • Bila dah kawin ni, adalah digalakkan untuk hampa keluaq dan duduk rumah sendiri tak kisah la sewa atau beli, flat cabok atau istana skalipun yang bersesuaian dengan bajet masing2. Susah senang, biaqla hampa 2 laki bini saja yang tau..Kalau rindu sangat kat mak/bapak pun, p lah melawat tiap2 hari pun tapi pastikan hampa ada rumah sendiri..
  • Lelaki harus ingat yang dia ada tanggungjawab bila dah kawin.. jangan sebab mak hang tak suka bini hang orang kedah(contoh saja ok),hang ikut ja cakap mak hang.. memang syurga di telapak kaki ibu, tapi yang salah hang boleh bantah ok..
  • Tak payah nak compare laki/bini hampa dengan orang dari family hampa ie abang ipaq, adik ipaq, mak dan sebagainya.. compare dengan retis pun kadang2 menyakitkan, ni kan pulak orang yang kita kenai..memang la lepas tu jumpa family hang pun dia xmau.. Plus kita yang pilih dia sebagai teman hidup.. 

Memang orang kata nak kawin dengan someone ni, kena kawin dengan family dia jugak, tapi hal rumahtangga hampa tetap hal rumahtangga hampa.. Awat masa berjimak tu pun hampa ajak family skali ka? kenapa bila decision-making ni semua nak guna pakai nasihat orang lain? Yess... bila kita susah, memang family yang ada tapi bila dah berkahwin ni hampa kena ingat jugak  hampa dah ada hampa punya own little family.. Yang akan bercerai berai pun hampa, yang terseksa pun anak2 hampa...

Akhir kata, yang lelaki kena ingat, kita ketua keluarga kita, bukan mak kita.. Yang pompuan pun kena ingat, kita tulang belakang keluarga kita, bukan mak or bapak kita..


 p/s: Dulu family dia siap habaq kat dia jangan la kawin dgn org utara.. tapi last2 dia end up dgn aku.. hehe..

Tuesday, February 16, 2016

Ritual Unik dan Pelik Perlbagai Bangsa...

Lama aku tak update blog kerana busy menghabiskan masa untuk benda yang tak berfaedah.. Harini aku nak bersembang dan bercerita sikit pasai ritual-ritual yang diamalkan oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia yang bagi aku unik dan mungkin bagi hampa ritual yang diamalkan ni pelik.. Berpuluh tahun hidup dalam masyarakat majmuk ni pun, ada banyak ritual bangsa dan agama lain yang kita still tak faham kan?


La Tomatina

Dengaq nama pesta ni pon hampa mesti tau dia ada kena mengena dengan tomato.. Ni adalah 'tomato fight' terbesaq dunia hokayy.. Pesta baling tomato ni diadakan setiap tahun di Valencian Town, Buñol, Spain. Pesta yang berlangsung pada setiap Rabu terakhir bulan Ogos  setiap tahun.. Depa baling-baling tomato ni bukan cara 'The Purge' ka apa tapi just for fun..
Banyak teori pasai macam mana boleh wujud acara pelik ni.. Tapi teori yang paling famous adalah teori dimana pada tahun 1945 semasa parade of gigantes y cabezudos berlangsung, beberapa orang yang terbabit dengan stage event tu bergaduh.. Masa tu, dekat-dekat situ ada satu kedai sayoq.. Depa yang gaduh ni ambik tomato kat kedai denih buat senjata depa.. Polis pun mai leraikan pergaduhan depa tu n paksa semua yang terlibat bayaq ganti rugi.. haha.. lepas tu lani, depa dok ulang tomato fight ni for fun..

 

Perkahwinan Tidong

Perkahwinan komuniti Tidong dari Indonesia ni sangatla unik dan pelik tapi romantik.. Paling bestnya sebab pengantin lelaki depa tak boleh tengok pengantin pompuan selagi depa tak menyanyi beberapa lagu cinta yang ditetapkan.. hampa berani?? haha.. Bila hampa percukup syarat tu, barula tirai yang pisahkan hampa dengan pengantin pompuan diangkat tau.. 
Tradisi kawin depa yang paling pelik is... dua-dua pengantin ni tak dibenarkan pi tandas langsung selama 3 Hari 3 Malam! maknanya takleh mandi, berak, kencing.. Siap ada orang akan jaga hampa so that hampa tak break the rules.. Komuniti ni percaya kalau pantang ni dilanggar, pasangan tu tak bahagia, bercerai or anak depa akan mati muda.. Dalam erti kata lain bawak bad luck la.. Orang yang jaga tu akan bagi hampa makan n minum sikit saja.. On the bright side, hampa boleh belajaq sayang pasangan hampa time depa wangi atau busuk.. hehe.. Dan yang lelaki akan lebih menghargai perkahwinan masing-masing.. Kalau aku, confirm sembelit lepas  hari..


Lambung Bayi

Ni bukan macam kita tengok orang tua dulu-dulu lambung baby ok tapi ni ritual yang sikit mengerikan yang dilakukan masyarakat di Karnataka, India since 500 tahun lepas.. mak bapak yang dapat anak lepas depa 'vow' kat kuil Sri Santeswar ni akan lambung anak depa dari atas kuil setinggi 30-50 kaki ni dan akan disambut dengan kain kat bawah.. Seream jugak tengok..

Ritual ni dilakukan oleh penganut Hindu dan juga muslim di kawasan tu.. Tiap-tiap tahun pada minggu pertama Disember, lebih kurang 200 baby dilambung sambil orang ramai kat bawah menyanyi & menari.. Depa pecaya ritual ni akan bagi budak tu sihat, murah rezeki & dapat tuah.. Budak-budak yang dibaling ni selalunya umoq depa 2 tahun ke bawah..


Potong Jari

Puak Dani (or Ndani) ni boleh dikira masyarakat asli yang duduk di kawasan Baliem Valley, barat Papua New Guinea.. Puak ni akan potong jari depa sebagai tanda depa berduka kat majlis pengkebumian.. Selain potong jari, depa ni jugak akan sapu muka depa dengan debu & lumpur menunjukkan kesedihan depa.

Depa ni potong jari depa sebagai tanda cinta & sayang kat seseorang.. contohnya kalau si suami mati, bini dia akan potong satu jari & kebumikan jari tu dengan suami dia.. Jumlah jari yang dipotong pulak tengok la ramai mana orang yang depa sayang.. kalau 10 orang yang hg sayang mati dulu, maka 10 la jari hang yang akan dipotong.. sesungguhnya cinta dan sayang tu menyakitkan..



Menari Bersama Orang Mati

Famadihana adalah satu festival tradisional yang disambut oleh masyarakat di Madagascar, tak kira la yang duduk kst pekan or ulu tapi lagi femes di kalangan komuniti tribal lah.. Acara ni pelik, seram, cering bulu roma sebab depa akan korek balik kuboq sedara-mara depa yang dah mati, kutip semua tulang yang tinggai & pakaikan baju baru kat tulang tu..

Lepas depa dah bagi pakai baju, depa akan menari ramai-ramai sekali dengan mayat-mayat or aku patut kata tulang tu.. Bagi depa, upacara ni macam satu penghormatan la untuk orang yang dah mati tu sebab depa pecaya pada kelahiran semula..  Satu benda yang baik dari upacara pelik ni, depa dapat berkumpul dengan sedara mara setiap 7 tahun sekali.. nasib baik bukan tiap-tiap tahun..

p/s: Yang mana satu hampa teringin nak pi??