Tuesday, February 16, 2016

Ritual Unik dan Pelik Perlbagai Bangsa...

Lama aku tak update blog kerana busy menghabiskan masa untuk benda yang tak berfaedah.. Harini aku nak bersembang dan bercerita sikit pasai ritual-ritual yang diamalkan oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia yang bagi aku unik dan mungkin bagi hampa ritual yang diamalkan ni pelik.. Berpuluh tahun hidup dalam masyarakat majmuk ni pun, ada banyak ritual bangsa dan agama lain yang kita still tak faham kan?


La Tomatina

Dengaq nama pesta ni pon hampa mesti tau dia ada kena mengena dengan tomato.. Ni adalah 'tomato fight' terbesaq dunia hokayy.. Pesta baling tomato ni diadakan setiap tahun di Valencian Town, Buñol, Spain. Pesta yang berlangsung pada setiap Rabu terakhir bulan Ogos  setiap tahun.. Depa baling-baling tomato ni bukan cara 'The Purge' ka apa tapi just for fun..
Banyak teori pasai macam mana boleh wujud acara pelik ni.. Tapi teori yang paling famous adalah teori dimana pada tahun 1945 semasa parade of gigantes y cabezudos berlangsung, beberapa orang yang terbabit dengan stage event tu bergaduh.. Masa tu, dekat-dekat situ ada satu kedai sayoq.. Depa yang gaduh ni ambik tomato kat kedai denih buat senjata depa.. Polis pun mai leraikan pergaduhan depa tu n paksa semua yang terlibat bayaq ganti rugi.. haha.. lepas tu lani, depa dok ulang tomato fight ni for fun..

 

Perkahwinan Tidong

Perkahwinan komuniti Tidong dari Indonesia ni sangatla unik dan pelik tapi romantik.. Paling bestnya sebab pengantin lelaki depa tak boleh tengok pengantin pompuan selagi depa tak menyanyi beberapa lagu cinta yang ditetapkan.. hampa berani?? haha.. Bila hampa percukup syarat tu, barula tirai yang pisahkan hampa dengan pengantin pompuan diangkat tau.. 
Tradisi kawin depa yang paling pelik is... dua-dua pengantin ni tak dibenarkan pi tandas langsung selama 3 Hari 3 Malam! maknanya takleh mandi, berak, kencing.. Siap ada orang akan jaga hampa so that hampa tak break the rules.. Komuniti ni percaya kalau pantang ni dilanggar, pasangan tu tak bahagia, bercerai or anak depa akan mati muda.. Dalam erti kata lain bawak bad luck la.. Orang yang jaga tu akan bagi hampa makan n minum sikit saja.. On the bright side, hampa boleh belajaq sayang pasangan hampa time depa wangi atau busuk.. hehe.. Dan yang lelaki akan lebih menghargai perkahwinan masing-masing.. Kalau aku, confirm sembelit lepas  hari..


Lambung Bayi

Ni bukan macam kita tengok orang tua dulu-dulu lambung baby ok tapi ni ritual yang sikit mengerikan yang dilakukan masyarakat di Karnataka, India since 500 tahun lepas.. mak bapak yang dapat anak lepas depa 'vow' kat kuil Sri Santeswar ni akan lambung anak depa dari atas kuil setinggi 30-50 kaki ni dan akan disambut dengan kain kat bawah.. Seream jugak tengok..

Ritual ni dilakukan oleh penganut Hindu dan juga muslim di kawasan tu.. Tiap-tiap tahun pada minggu pertama Disember, lebih kurang 200 baby dilambung sambil orang ramai kat bawah menyanyi & menari.. Depa pecaya ritual ni akan bagi budak tu sihat, murah rezeki & dapat tuah.. Budak-budak yang dibaling ni selalunya umoq depa 2 tahun ke bawah..


Potong Jari

Puak Dani (or Ndani) ni boleh dikira masyarakat asli yang duduk di kawasan Baliem Valley, barat Papua New Guinea.. Puak ni akan potong jari depa sebagai tanda depa berduka kat majlis pengkebumian.. Selain potong jari, depa ni jugak akan sapu muka depa dengan debu & lumpur menunjukkan kesedihan depa.

Depa ni potong jari depa sebagai tanda cinta & sayang kat seseorang.. contohnya kalau si suami mati, bini dia akan potong satu jari & kebumikan jari tu dengan suami dia.. Jumlah jari yang dipotong pulak tengok la ramai mana orang yang depa sayang.. kalau 10 orang yang hg sayang mati dulu, maka 10 la jari hang yang akan dipotong.. sesungguhnya cinta dan sayang tu menyakitkan..



Menari Bersama Orang Mati

Famadihana adalah satu festival tradisional yang disambut oleh masyarakat di Madagascar, tak kira la yang duduk kst pekan or ulu tapi lagi femes di kalangan komuniti tribal lah.. Acara ni pelik, seram, cering bulu roma sebab depa akan korek balik kuboq sedara-mara depa yang dah mati, kutip semua tulang yang tinggai & pakaikan baju baru kat tulang tu..

Lepas depa dah bagi pakai baju, depa akan menari ramai-ramai sekali dengan mayat-mayat or aku patut kata tulang tu.. Bagi depa, upacara ni macam satu penghormatan la untuk orang yang dah mati tu sebab depa pecaya pada kelahiran semula..  Satu benda yang baik dari upacara pelik ni, depa dapat berkumpul dengan sedara mara setiap 7 tahun sekali.. nasib baik bukan tiap-tiap tahun..

p/s: Yang mana satu hampa teringin nak pi??